twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Tuesday, October 6, 2009

DIMANA ANAK-ANAK KITA?

Oleh: Marzulina Omar, Jakim


Gejala sosial dapat difahami sebagai berubahnya struktur sosial umum yang terjadi sepanjang masa dalam kehidupan masyarakat. Perubahan ini terjadi sesuai dengan hakikat dan sifat dasar manusia yang inginkan perubahan. Umumnya kebosanan manusia menjadi penyebab utama berlakunya perubahan sosial. Faktor penyebab yang lain pula adalah pola berfikir masyarakat, faktor internal seperti perubahan jumlah penduduk, penemuan baru, terjadinya konflik seperti bencana alam, perubahan iklim, peperangan, dan pengaruh kebudayaan masyarakat. Faktor yang menyebabkan berlakunya gejala remaja iaitu kurangnya didikan agama, masalah kemiskinan, peceraian ibubapa dan pengaruh rakan sebaya.

Pada hari ini ibu bapa lebih menumpukan kepada kerjaya dan mengejar kebendaan sehingga pendidikan keagamaan dan gaya hidup tidak dititikberatkan. Akibatnya anak-anak membesar tanpa kasih sayang yang tidak sepenuhnya. Membentuk anak-anak yang mempunyai akhlak dan moral yang tinggi memerlukan sokongan dan komitmen yang padu daripada ibu bapa sendiri. Tiada gunanya ilmu diberikan tanpa iman ditanam. Bahkan dua elemen inilah yang menjadi tiang seri dalam diri anak-anak untuk membezakan mereeka dengan makhluk yang lain. Gagal dalam melaksanakan tanggungjawab kepada anak-anak akanmenyebabkan mereka menjadi lemah dan menghadapi godaan nafsu dan mudah terpengaruh. Ibu bapa hendaklah bersemuka dengan anak-anak mereka untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi memastikan hubungan kekeluargaan terjalin erat sepertimana yang telah disarankan iaitu Rumahku syurgaku.

Sekiranya tidak berjaya maka mereka perlulah mengunakkan khidmat kaunseling daripada guru-guru agar dapat memberikan nasihat dan menyemaikan unsur-unsur kebaikan kepada remaja-remaja pada masa ini. Guru-guru perlu mempergiatkan penyediaan program yang bersifat proaktif termasuk aktiviti pembimbing rakan sebaya dan mentor pelajar. Gejala sosial sekiranya tidak dibentaras akan merosakkan kekuatan ummah. Jueteru itu, semua pihak hendaklah berkerjasama termasuklah keluarga, sekolah, pemimpin dan masyarakat. Kita tidak seharusnya lepas tangan dan membiarkan pihak yang tertentu sahaja yang berusaha untuk membanterasnya. Remaja garus diselamatkan dan dibimbing bagi menentukkan kekuatan bangsa sebagai generasi yang akan menerajui tampok kepimpinan Negara pada suatu masa nanti.

sumb: Sinar rohani mac-april 2009 bil 57

MENGAJAR AGAR PEMUDA MENCINTAI ISLAM

Mengajak para pemuda agar mereka mencintai Islam pada zaman ini bukan satu perkara yang mudah. Arus maklumat yang kian canggih lebih banyak mengubah budaya masyarakat yang didominasikan hawa nafsu serta syahwat yang memuncak tinggi. Namum, di sebalik keburukkan yang berlaku, Islam telah mengariskan beberapa tip agar dapat diamalkan oleh generasi yang akan membawa Negara dengan acuan Islam iaitu:

1. Ajarkan ilmu Islam

Sewajarnya ibu bapa serta pemimpin tidak membiarkan para pemuda buta terhadap agamanya. Kita seharusnya bertanggungjawab untuk membawa mereka keluar daripada arus kemodenan. Adapun pengetahuan Islam yang pertama iaitu ilmu akidah, ibadah, serta akhlak. Tanpa pemahaman yang benar terhadap ilmu fardu ain maka tidak mungkin pemuda mencintai Allah dan Islam serta melaksanakan segala ajaran yang diajarnya.

2. Mendekatkan mereka untuk mencintai masjid

Salah satu cara yang berkesan bagi menarik perhatian mereka untuk mencintai Islam iaitu dengan mencintai masjid. Ini bererti mereka seharusnya meneruskan perjuangan merka untuk berada di masjid. Di masjid inilah mereka melakukan solat berjemaah, mendengar kuliah, bermusyawarah serta sebagainya. Sekiranya mereka telah mencintai rumah Allah itu, maka kita akan dapat mengajak mereka untuk terlibat degan aktiviti yang berunsurkan keagamaan.

3. Wadah dalam organisasi pemuda

Para pemuda amat menyukai aktiviti bersama den berkumpulan dengan teman yang sebaya dengannya. Naluri itu akan lebih baik sekiranya disalurkan dalm wadah perhimpunan atau organisasi pemuda. Pelbagai betuk perhimpunan yang dapat disertai oleh pelajar khususnya pelajar IPT dalam program Persatuan pelajar, Mahasiswa Islam dan sebagainya sebagai wadah kepada mereka untuk belajar, beramal serta memperjuangkan syiar Islam. dengan demikian, kita akan mendapatkan pemuda-pemudi yangh mencintai dan beribadah kepada Allah.

Bil 7 April 2009, Sumb: Majalah I

TAKAFUL: SISTEM PERLINDUNGAN SYARIAH

Oleh: Muhammad Zarifi hj. Mihammad Daud, Jakim

Masyarakat Islam telah didedahkan dengan pelbagai perlindungan risiko dan insurans khususnya kepada produk yang berteraskan syariah iaitu Takaful. Di Malaysia, setelah keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kebangsaan pada tahun 1972 dibuat, kesedaran tentang kesedaran dan kepentingan untuk melahirkan sistem dan produk insurans yang berteraskan Syariah mula timbul. Pihak kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk mengkaji langkah-langkah yang perlu diambil bagi mewujudkan satu sistem yang berteraskan Islam. konsep takaful yang ditubuhkan ini, menggambarkan satu rancangan perlindungan insurans yang berasaskan perpaduan, tanggungjawab dan hubungan persaudaraan antara peserta melalui bantuan kewangan melalui konsep sumbangan. Antara elemen yang telah digariskan dalam konsep takaful ini ialah:

1. Saling bekerjasama dan bantu membantu

Melalui konsep ini, peserta takaful mengambil pendirian untuk saling menjamin sesame perserta. Sebahagian daripada wang caruman mereka yang dikenali sebagai wang tabarru akan diperuntukkan untuk membantu peserta yang menimpa kesusahan dan musibah dalam mengendalikan wang caruman tersebut dengan penuh amanah.

2. Semangat menderma.

Falsafah amalan takaful ialah menderma iaitu dibangunkan atas prinsip sumbangan. Para peserta secara automatik perlu melaksanakan ibadah derma. Di sini letaknya keindahan sistem takaful yang diasakan oleh Islam. selain manfaat bantuan kewangan para peserta juga berpeluang melaksanakan perlaburan akhirat melalui mekanisme derma. Sebagai peranan umat Islam, sistem takaful ini merupakan satu sistem yang sangat dijungjung dalam Islam bagi membawa nilai-nilai yang ditunjukan oleh Rasullah sebagai nilai persaudaraan, perpaduan Islam serta kerjasama yang ditunjukkan sekadar mendapat manfaat di dunia dan bekalan di akhirat kelak.


Sumb: Majalah bil 78 April 2009

GELORA KASIH SAYANG DALAM KELUARGA



keluarga

Dan orang-orang yang berkata: “Ya tuhan kami, anugerahkan kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penenang jiwa dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa” (Surah al-Furqan:74). Sebuah keluarga hanya mampu bertahan apabila dibina dengan rasa kasih sayang. Namum, masalah yang berlaku pada hari adalah samapai bila perasaan itu dapat bertahan untuk selamanya? Terdapat langkah yang terbaik bagi menyuburkan rasa sayang dalam sesebuah keluarga yang dibina antaranya ialah:

1. Menghidupkan suasana belajar dan mengajar dalam keluarga

Mengajar merupakan satu kewajipan yang mesti dilakukan oleh pemimpin keluarga sebagai tuntutan daripada Allah s.w.t. “Wahai orang yang beriman jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak menderhaka kepada Allah terhadap apa yang telah diperintahkannya kepada mereka yang selalu mengerjakan apa yang diperintahkannya”

Ayat yang di maksudkan di atas merupakan dasar pengajaran dan pendidikan anggota keluarga, memerintah dengan kebaikan dan mencegah dari kemungkaran. Dengan alas an yang sibuk dan berkaitan dengannya maka akan melalaikan kewajipan bagi setiap keluarga. Sebagai jalan penyelesaiannya, maka dikhususkan satu hari dalam seminggu sebagai waktu bersama keluarga bahkan turut melibatkan kaum kerabat yang terdekat untuk menimarahkan majlis ilmu di dalam sesebuak institusi kekeluargaan. Pentingnya untuk menggadakan perpustakaan di rumah untuk membantu proses pembelajaran mengenai agama dan supaya mentaati hokum-hukum Islam yang sempurna dan menganjurkan bagi anggota keluarga untuk membacanya. Segala pengisian yang terdapat dalam perpustakaan itu hendaklah dimuatkan dengan sumber-sumber yang dapat dimanfaatkan oleh semua peringkat samada ibu bapa, anak-anak dan sebagainya.

2. Menghidupkan ibadat dalam syariat keluarga

Ibadat yng harus dihidupkan adalah solah sunat dan membaca al-Quran. Adapun solat yang wajib, diwajibkan dilakukan di masjid kecauli adanya keuzuran yang dihadapinya. Selain itu, larangan untuk membenarkan anak-anak memasuki kamar tidur ibu bapa adalah di larang sama sekali. Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, hendaklah lelaki dan wanita yang kamu miliki dan orang yang belum baligh di antara kamu meminta izin kepada mereka tiga kali dalam satu hari”. Bagi seorang lelaki yang diberikan amanah sebagai pemimpin rumah tangga adalah mereka yang bertanggungjawab dan penentu dalam segala keputusan. Tetapi dengan memberikan kesempatan dan ruang kepada isteri dan anak menjadikan tanggangjawab bagi mereka.

3. Tidak menampakkan konflik keluarga di depan anak-anak

Tidak ada keluarga yang tidak mengalami perselisihan rumah tangga. Namum, bagi anak-anak yang belum berfikiran dewasa perselisihan orang tua akan menjadi pengaruh yang besar serta negatif kepada anak-anak. Sebaliknya, sekiranya berlakunya perselisihan faham hendaklah disembunyikan agar tidak dijadikan tontonan bagi anak-anak. Perkara yang penting dalam rumah tangga adalah menjaga rahsia rumah tangga dari dunia luar dan akan menimbulkan keretakkan hubungan antara suami, isteri dan anak.

Sumb: Majalah i bil 78 April 2009

KRISIS AKHLAK MERENDAHKAN MARTABAT INSAN

Oleh: Mazlan bin Zainol


Kemuliaan dan martabat sebenar seseorang sebenarnya di ukur daru dua aspek iaitu ketinggian ilmu dan akhlaknya. Namum nilai yang sebenarnyayang di ambil kira dalam penilaian ini adalah gabungan atau kesepaduan (integrasi) antara ilmu dan amal (akhlak). Lantaran itu, di dalam al-Quran dijelaskan bahawa Allah s.w.t meninggikan darjat bagi mereka yang beriman dan orang berilmu dengan beberapa darjat.

Akhlak yang mulia melambangkan ketinggian tamadun. Tamadun yang hebat akan jatuh sekiranya akhlak yang dimiliki okeh manusia rosak. Bertamadunnya individu bukan di ukur dari sudut kemewahan, kekayaan atau zahiriah. Sebenarnya mereka yang bekerja memotong rumput, mengutip sampah serta bekerja dengan ikhlas tanpa melakukan penyelewengan adalah mulia di sisi Allah berbanding mereka yang berpangkat besar, berbaju mewah dan sebagainya. Sesungguhnya jika akhlak kita baik orang lain akan menghormati kita walaupun ianya miskin. Kita melihat bahawa Rasulullah s.a.w dapat menarik masyarakat jahiliyah untuk memeluk agama Islam melalui akhlak yang mulia. Kita sebagai pengikut yang menyintai junjungan besar Nabi Muhammad sewajar kita mencontohi akhlak mulia banginda. Sepatutnya kita menjadi contoh kepada kaum yang lain. Umat Islam dijadikan Allah sebagai umat yang terbaik. Firman Allah: “Kamu wahai umat Muhammad adalah sebaik-baik yang di lahirkan bagi umat manusia”.

Pada hari ini, kita lebih mementingkan luaran daripada dalaman. Kita lebih mementingkan perkara yang zahir daripada yang tersembunyi. Adakah kita ambil berat tentang kekotoran yang di bawa oleh nafsu? Dan adakah kita ambil berat tentang orang yang menutup aurat untuk memasuki masjid? Namum begitu, janganlah kita menhjadi umat yang senang terperdaya dengan godaan syaitan dan umat yang mudur serta lemah. Kita seharusnya menjadi umat contoh yang unggul dan sebaik-baik umat. Bimbinglah diri kita dan keluarga agar kembali kepada agama yang kita cintainya. Sebagai renungan, persoalan akhlak adalah agenda besar dalam ajaran Islam. aklah yang mulia adalah satu tuntutan puntuk diamalkan oleh segenap dimensi kehidupan pada hari ini. Tanpa akhlak yang mulia, nilai keinsanan akan pudar sebagaimana layunya simbahan bunga tanpa simbahan air dan sinaran suria.


Sumb: Majalah cahaya 2007 bil 84

PENGISIAN AIDILFITRI


Menjelangnya satu syawal membawa kemenangan bagi umat Islam yang telah Berjaya menjalani ibadah berpuasa di bulan ramadhan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tabrani dan Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: “Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati iaitu hari kiamat”. Dengan kedatangan syawal menandakan tibalah satu peluang untuk umat Islam menggandakan pahala mereka. Di antara amalan yang dilaksanakan adalah:

1. Perbanyakkan tadbir

Ucapan tadbir pada malam hari raya merupakan satu ibadah yang dilakukan untuk melepaskan Ramadhan dan menyambut kedatangan Idulfitri. Oleh itu, umat Islam disunatkan mengucapkan tadbir bermula waktu terbenam matahari malam hari raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram. Ini bertujuan agar umat Islam sentiasa mengangungkan kebesaran dan memanjatkan kesyukuran di atas segala nikmat yang telah di anugerah oleh Allah s.w.t. Rasulullah telah bersabda “Hiasilah hari raya kamu dengan takbir dan tahmid”

2. Menunaikan zakat fitrah

Selain itu, umat Islam diwajibkan menunaikan zakat fitrah. Menurut hukum asal yang dipraktikkan pada zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang lalu adalah lebih afdal sekiranya zakat fitrah dilakukan pada pagi hari raya selepas solat subuh dan sebelum solat Aidilfitri dijalankan. Ibnu Abbas berkata: “Rasulullah s.a.w telah memfardukan zakat fitrah itu sebagai membersihkan kecacatan ibadah puasa kerana perbuatan yang sia-sia dan mencarut serta sebagai habuan untuk orang-orang miskin. Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat maka zakatnya itu diterima tetapi yang membayaranya selepas solat ia menjadi sedekah biasa”

3. Perkara sunat yang lain

Ziarah-menziarahi menjadi salah satu amalan yang digalakkan oleh seluruh umat Islam. Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: “Ziarahilah saudara mara kamu dari masa ke semasa kerana ia boleh menambahkan kasih sayang”. Selain itu, disunatkan pula untuk memakai pakaian yang harum. Diriwayatkan oleh Jaafar bin Muhammad daripada datuknya berkata: “Bahawasanya Nabi s.a.w memakai kain yang bergaris-garis untuk diselimutkan pada badan setiap kali hari raya. Disunatkan pula, untuk makan dan minum terlebih dahulu sebelum keluar ke masjid menunaikan sembahyang sunat hari raya. Sebagaimana yang yang telah diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu anhu berkata: “Nabi tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitri sehingga baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan baginda memakannnya dalam bilangan ganjil”. Dalam keseronokan menyambut Hari Raya seluruh umat Islam perlu diingatkan agar tidak lupa dengan kewajipan kepada Allah. Jangan terlalu ghairah menyambut Aidilfitri menyebabkan batas-batas agama dilupakan.


Sumb: Dara.com edisi 29

SAMBUT LEBARAN DENGAN PENUH KESYUKURAN



Perasaan sedih apabila melihat sesetengah remaja kita pada hari ini yang menyambut Hari Raya? Tahukah mereka apa yang dimaksudkan dengan Hari Raya? Sewaktu Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah baginda melihat ramai orang-orang disana bergembira dan menari-nari. Lalu Rasulullah s.a.w bertanya “Mengapa kamu semua bergembira? Jawab mereka “Kami bergembira pada dua hari dalam setahun sejak zaman jahiliah lagi, hari ini adalah salah satu dari dua hari tersebut. Mendengar kenyataan tersebu Rasulullah s.a.w bersabda “Sesungguhnya Allah s.w.t telah menggantikan dua hari tersebut dengan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladh. Sesungguhnya keduanya terlebih baik dari kamu”. Melalui hadis ini jelas menunjukkan bahawa Aidilfitri adalah hari kegembiraan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada hambanya untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan dirinya. Cara yang terbaik untuk menyambut Hari Raya ialah:

1. Sebelum Menyambut hari lebaran pastikan Puasa Ramadhan yang kita jalankan itu dengan sempurna dan penuh keikhlasan kerana ianya hari kegembiraan untuk orang-orang yang telah berjaya dalam memperjuangkan hawa nafsu.

2. Iringilah permergian Ramadhan yang mulia dengan kesedihan dan rasa risau jika tidak berpeluang bertemu dengannya lagi. Inilah tanda ibadah yang telah diterima oleh Allah s.w.t dan sebagai tanda-tanda awal keselesaan hati kita berdampingan diri kepada Allah melalui ibadah.

3. Rafakkan harapan kepada Allah s.w.t agar Allah menerima segala ibadah dan amalan kebajikan yang dikerjakan di bulan Ramadhan. Perbanyakkan doa khususnya di malam raya agar Allah ampunkan segala dosa dan membebaskan kita dari bakaran api neraka andainya kita dijemput untuk mengadapnya pada hari yang terdekat.


HIJAB WANITA ISLAM


Hijab bererti tabir, tirai atau dinding dan digunakan sebagai perselindungan wanita di dalam Islam daripada pandangan lelaki ajnabi. Termasuk dalam erti hijab bagi wanita ialah menjaga gaya tutur kata dan pertuturannya. Ia hendaklah tidak dalam gaya atau mempunyai unsur yang boleh menarik perhatian lelaki secara sengaja atau tidak sengaja, seperti gaya pertuturan yang dimanja-manja atau penggunaan perkataan yang memberahikan. Firman Allah taala yang bermaksud:

"Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian itu boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk terhadap kamu) dan berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)."(Surah Al-Ahzab: 32)

Selain itu, Hijab juga meliputi aspek bersolek dan menghias diri. Bersolek ini meliputi solekan pada pakaian dan tubuh. Islam membenarkan solekan dan hiasan bagi wanita di hadapan mahram atau untuk melayan suami. Di sini juga kita dapati sesetengah wanita yang berhijab pakaian tetapi tubuhnya, terutama wajah, dihiasi dengan pelbagai solekan yang menarik perhatian lelaki. Demikianlah luasnya tuntutan hijab ke atas wanita yang melampaui aspek pakaian dan tudung semata-mata. Seharusnyalah wanita-wanita Islam memahaminya dan berusaha untuk melaksanakannya. Batas-batas ini bukanlah satu kongkongan tetapi ia mengandungi hikmah dan kebaikan yang ditetapkan oleh Allah taala Yang Maha Bijaksana.

"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah"

AL-QURAN PENERANG JIWA


Sepertimana yang kita, bahawa Al-Quran membawa kepada dua fungsi yang penting kepada manusia yang beriman iaitu Al-Quran sebagai pembimbing manusia menuju jalan yang benar dan lurus. Fungsi bimbingan adalah mengantarkan kita dari pemahaman menuju tanggungjawab. Dengan mempelajari Al-Quran kita akan mendapat ilmu, dengan ilmu muncul pemahaman, dari pemahaman lahir kesedaran, dari kesedaran hadirlah tanggungjawab. Inilah yang dimaksudkan Al-Quran sebagai pembimbing hidup. Maka Al-Quran telah banyak menjelaskan bahawa pada akhirnya semua proses yang kita jalani dalam kehidupan kita hujungnya adalah tanggungjawab itu.

“Maka berlumba-lumbalah kalian dalam kebaikan, sesungguhnya kepada Allah kalian akan dikembalikan, kemudian akan dikhabarkan bagaimana balasan atas apa-apa yang kalian kerjakan.”

Fungsi yang kedua, Al-Quran sebagai ubat iaitu ubat zahir dan batin. Ianya telah dijelaskan secara langsung oleh Allah di dalam al-Quran. “Dan kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.” (Al-Isra’:82). Namum ayat ini menjelaskan bahawa, Al-Quran ini sebagai penawar hati dan ubat fizikal. Kita harus menyakini akan kebenaran Al-Quran kerana bagi orang-orang yang zalim Al-Quran tidak mendatangkan manfaat walaupun sedikitpun.


KELEBIHAN BERZIKIR




Zikrullah adalah antara amalan yang dapat menghidupkan hati, memberikan ketenangan rohani dan mengundang rahmat Allah. Banyak ayat al-Quran dan hadis nabi yang menceritakan kepentingan zikrullah dan kesannya kepada ketenteraman jiwa. Zikrullah adalah mengingati Allah melalui hati, lidah dan seluruh anggota badan. Jelasnya, zikrullah atau mengingati Allah ini adalah makna umum dan tidak tertumpu hanya kepada zikir lidah sahaja sebagaimana yang difahami oleh ramai orang. Segala perbuatan atau gerak laku yang membolehkan kita mengingatiNya serta mendapat keredhaanNya, maka ianya termasuk dalam erti kata zikrullah dalam pengertian yang sebenar-benarnya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (mengingati Allah). Ketahuilah dengan zikrullah itu hati akan tenang tenteram”. (Ar-Rad: 28).

Allah s.w.t. memerintahkan orang Islam agar mengingati-Nya dalam semua keadaan serta jangan menyibukkan hati mereka dengan mengalihkannya kepada yang lain selain Allah supaya tidak terputus hubungan mereka dengan Maha Pencipta. Allah menegaskan di dalam al-Quran agar kita menjadi orang yang sentiasa berzikir sambil berfikir tentang tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat-Nya. Firman-Nya yang bermaksud:

Orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata), Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka. (Ali Imran: 191)”.

Sesungguhnya para penzikir akan mudah terdorong melakukan kebajikan dan tercegah daripada melakukan kemungkaran. Malah mereka juga akan dapat merasai bahawa Allah seolah-olah sentiasa bersama mereka dalam setiap amalan yang dikerjakan. Ketahuilah bahawa Rasulullah s.a.w. adalah penzikir yang paling layak dan utama untuk kita contohi dan ikuti.



HUKUM HUDUD DALAM PERUNDANGAN ISLAM

Salah satu dari aspek perundangan Islam yang sekarang ini banyak dibicarakan ialah pelaksanaan hudud. Hukum hudud adalah salah satu cabang undang-undang Jenayah Islam. Dalam konteks undang-undang Jenayah Islam, hudud bermaksud segala kesalahan bukan ke atas diri manusia yang telah ditetapkan hukumannya oleh Allah taala secara khusus. Kesalahan jenayah yang tidak ditetapkan hukumannya secara khusus oleh Allah taala dinamakan ta`zir seperti merosakkan harta benda awam. Manakala kesalahan yang telah ditetapkan hukumannya seperti membunuh dan mencederakan tubuh dinamakan qisas. Kesalahan-kesalahan yang digolongkan dalam kesalahan hudud ialah:-

Pertama melakukan zina yang dihukum dengan sebat 100 kali bagi pesalah lelaki dan perempuan yang belum berkahwin sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah: “Dan rejam sehingga mati jika ia dilakukan oleh pesalah yang telah berkahwin”.

Kedua adalah menuduh orang lain berzina tanpa bukti yang dihukum dengan 80 kali sebat yang dinyatakan dalam firman Allah surah An-Nur: 4. “Dan orang-orang Yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan Yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang Yang fasik”

Ketiga minum arak yang dihukum dengan 40 kali sebat. Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang minum arak, maka sebatlah dia.” (Riwayat At-Tirmuzi).

Keempat mencuri yang dihukum dengan memotong tangan. Firman Allah: “Dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.

Untuk memahami Jenayah hudud secara komprehensif adalah memahami dengan cara pembuktian, pelaksanaan, falsafah serta hikmahnya agar tidak timbul salah faham terhadap hukum Allah s.w.t. Namun pelaksanaan hudud haruslah dilakukan setelah segala infrastruktur dipersiapkan seperti tenaga-tenaga yang terlatih dan sistem kehakiman yang berkesan. Selain itu, masyarakat umumnya juga haruslah bersedia untuk menerimanya kerana cara hidup Islam bukan dibina atas kekuasaan undang-undang tetapi atas aqidah dan iman dalam diri manusia.

Hukuman hudud hanya boleh dilaksanakan oleh Ulil Amri (kuasa politik Islam). Hudud tidak boleh dilaksanakan oleh individu atau organisasi Islam. Seorang ayah tidak boleh melaksanakan hudud ke atas anaknya yang minum arak dan organisasi Islam tidak boleh menyerang pelaku kesalahan hudud atau kelab-kelab malam di jalan-jalan. Walau bagaimanana pun, perlulah difahami bahawa hukum hudud adalah hanya sebahagian dari kewajiban agama yang perlu ditunaikan oleh umat Islam. Oleh itu, perlulah diperhatikan turutan keutamaan-keutamaan kewajiban yang perlu dipenuhi mengikut keadaan sesuatu tempat dan masa.

POLIGAMI DALAM INSTITUSI KEKELUARGAAN

Perdebatan mengenai poligami tidak pernah selesai diperbincangkan dari dahulu hinggalah ke hari ini. Namun, masyarakat perlu melihat perdebatan ini dari sudut positif. Islam mengharuskan seorang lelaki berkahwin lebih daripada seorang untuk menambahkan zuriat dan mengelakkan daripadanya berlaku perbuatan maksiat Had untuk seorang suami menambahkan bilangan isteri hanya empat orang saja. Kebenaran berpoligami bukanlah satu peluang yang baik kepada kaum lelaki tetapi merupakan satu tanggungjawab yang besar sekiranya diamalkan. Seseorang yang hendak berpoligami hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh syarak supaya perkara-perkara yang tidak diingini tidak berlaku. Poligami yang diamalkan dengan baik dan mengikut syariat Allah akan mendapat berkat dan bahagia di dunia dan di akhirat.

Tidak semua orang lelaki yang telah berkahwin boleh berpoligami dan mengambil jalan mudah untuk berpoligami. Menurut pendapat para ulama Islam, keharusan berpoligami untuk lelaki boleh dilaksanakan apabila keadaan-keadaan berikut dimiliki atau dapat dipenuhi oleh lelaki berkenaan antaranya:

1. Beliau adalah seorang yang sihat jasmani dan rohaninya serta mempunyai sifat bertanggungjawab

2. Beliau mempunyai kemampuan material yang mencukupi untuk menanggung isteri-isteri, anak-anak dan orang yang diletakkan di bawah tanggungannya

3. Beliau bersedia dan boleh untuk memberi dan menunjukkan sifat kasih sayang terhadap isteri-isteri, anak-anak dan orang yang di bawah tanggungannya dengan cara saksama dan adil


Jadi, bagi suami yang ingin berpoligami jangan mudah mengaku dapat berlaku adil. Allah mengingatkan betapa sukarnya berlaku adil. Sebenarnya keadilan yang dimaksudkan ialah keadilan hakiki atau tidak berat sebelah. Dalam keadaan apa sekalipun, manusia tidak dapat berlaku adil sepenuhnya. Hanya Allah yang Maha Adil. Firman Allah dalam Surah an-Nisa: 129 yang bermaksud:

"Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isterimu walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian".

Justeru, bagi suami berpoligami memadai adil dengan cara berusaha untuk berlaku adil. Keadilan berpoligami bermakna suami melihat isteri dalam satu dimensi yang sama. Suami berpoligami tidak membezakan kecantikan, umur dan perkara lain yang berkaitan kelebihan dan kekurangan seseorang isteri. Mereka perlu jujur menunaikan hak setiap isteri mengikut kemampuan. Penentuan sama ada mampu berlaku adil terletak pada diri suami sendiri. Suami bertanggungjawab di hadapan Allah di atas sifat amanah dan tanggungjawabnya.

QAZF DALAM UNDANG-UNDANG ISLAM

Qazf dari segi bahasa bererti melontar sesuatu sama ada dengan batu atau seumpamanya. Manakala dari segi istilah syarak ialah melemparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya. Adapun melemparkan tuduhan-tuduhan yang lain daripada zina dan menafikan keturunan seperti melemparkan tuduhan kufur, mencuri, minum arak dan sebagainya, termasuk mencerca, memaki hanum yang bertujuan untuk menghina maka pesalah-pesalah yang tersebut tidak dikenakan hukuman had tetapi dikenakan hukuman takzir. Dengan demikian boleh dikatakan bahawa dalam syaraiat Islam ada dua jenis qazf: Qazf yang pesalahnya dikenakan hukuman had dan qazf yang pesalahnya hanya dikenakan hukuman takzir.

Punca utama bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan menerusi lidah seperti membuat tuduhan palsu, mencerca, memaki dan sebagainya, kerana Islam melarang berbuat bohong dan putar belit dan sebaliknya menggalakkan bercakap benar dalam apa jua keadaan. Sebab itulah bagi orang yang bercakap benar tidak boleh dikenakan hukuman dan tidak boleh dikenakan hukuman ke atas orang yang memanggil “Hai pezina” kalau orang itu memang benar-benar berzina atau menggelarkan seorang itu pencuri kalau memang sabit dia itu pencuri atau mengatakan seorang itu kafir jika memang sabit dia itu kafir.

Bukti-Bukti Yang Mensabitkan Kesalahan Qazf

Kesalahan qazf dapat disabitkan sama ada dengan kesaksian pengakuan dan sumpah.

1. Kesaksian (Syahadah)

Untuk membuktikan kesalahan qazf kepada qazif (orang yang membuat tuduhan palsu zina) ialah dengan disaksikan oleh saksi yang mempunyai syarat seperti dalam saksi-saksi zina iaitu saksi mestilah seorang Islam, baligh, berakal, adil, dapat bertutur, dapat mengingatkan dan tidak ada hubungan keluarga. Begitulah juga saksi-saksi mesti terdiri orang lelaki walaupun setengah ulamak mengatakan saksi itu terdiri dari seorang lelaki dan dua orang perempuan adalah memadai. Bilangan saksi itu seramai dua orang lelaki adalah mencukupi untuk mensabitkan kesalahan qazf kepada qazif. Akan tetapi untuk menafikan tuduhan qazf maka orang yang didakwa membuat tuduhan palsu zina itu hendaklah mematuhi salah satu daripada berikut:

i. Menafikan dakwaan kesalahan qazf dengan membawa saksi-saksi seberapa banyak dengan tidak dihad kepada bilangan tertentu.

ii. Menegaskan bahawa orang yang dilemparkan tuduhan yang tidak berasas itu mengakui kebenaran tuduhannya, untuk membela dirinya ini memadai dengan membawa dua saksi lelaki atau seorang lelaki dan seorang peremuan.

iii. Mengaku membuat kesalahan qazf dan dalam keadaan ini dia mesti membuktikan kebenaran tuduhan zina yang dilemparkan kepada seorang iaitu dengan membawa saksi seramai empat orang yang benar-benar menyaksikan orang yang dilemparkan tuduhan zina itu memang melakukan zina.

2. Pengakuan atau ikrar

Sabit kesalahan qazf dengan adanya pengakuan sendiri daripada orang yang membuat tuduhan tak berasas kepada seorang berbuat zina, dengan sekali pengakuan dalam majlis kehakiman sudah memadai. Jika pengakuan membuat tuduhan itu tidak di majlis qada’ maka menurut Abu Hanifah harus disaksikan pengakuan itu.

3. Dengan sumpah

Mengikut Imam Syafie kesalahan qazf boleh disabitkan melalui sumpah, jika pihak yang dilemparkan tuduhan itu tidak mempunyai bukti lain maka dia meminta tolong orang yang melemparkan tuduhan itu bersumpah bahawa dia tidak membuat tuduhan kalau dia tidak mahu bersumpah begitu maka sabitlah kesalahan qazf kepadanya. Begitu juga Imam Syafie berpendapat bahawa adainya orang yang melemparkan tuduhan itu tidak mempunyai keterangan yang mengesahkan tuduhannya maka dia boleh meminta kepada yang dilemparkan tuduhan bersumpah bahawa dia bersih daripada zina. Jika dia tidak mahu bersumpah maka tuduhan zina yang dibuatnya dianggap betul jadi yang membuat tuduhan itu terlepas daripada hukuman had. Manakala Imam Malik dan Ahmad berpendapat kesalahan qazf tidak boleh disabitkan dengan bersumpah sama ada daripada orang yang membuat tuduhan atau orang yang dilemparkan tuduhan.


AKIDAH ISLAM

Suatu ancaman besar kepada agama dan umat Islam di Malaysia masa kini ialah penyebaran ajaran-ajaran sesat dikalangan umat Islam yang terus berjalan dari masa ke semasa. Ajaran-ajaran ini dapat bertapak apabila saja ianya diperkenalkan. Sehingga kini hampir seluruh pelusuk rantau negara ini diresapi oleh berbagai-bagai bentuk ajaran sesat, yang datang dari berbagai-bagai tempat. Sebilangan daripada ajaran-ajaran tersebut mengheret pengikutnya keluar dari akidah dan syariah agama Islam Ada pula ajaran-ajaran di mana pengikutnya sanggup keluar dari agama Islam kerana mempercayai bahawa ajaran itu betul sehingga sanggup menceraikan isteri, meninggalkan rumahtangga dan seterusnya melakukan kekejaman ke atas orang lain dan kadang-kadang melakukan pembunuhan.

Pada masa ini di negara kita sudah banyak terdapat ajaran-ajaran sesat yang muncul dari semasa ke semasa di mana hampir keseluruhannya tidak dapat dihapuskan oleh pihak-pihak tertentu. Jika ditinjau masalah ajaran sesat ini ianya bukan sahaja lahir dalam masyarakat umat Islam sahaja bahkan semua agama dan semua bangsa menghadapi cabaran dengan kelahiran ajaran yang menyeleweng daripada ajaran asal. Pada masa ini terdapat beberapa jenis ajaran sesat yang dapat dibahagikan kepada tiga bentuk utama iaitu:

  • Bentuk Ajaran

Ajaran ini biasanya lahir melalui ajaran-ajaran yang direka atau dicipta oleh seorang guru atau penganjur ajaran sesat yang menggunakan berbagai-bagai nama atau pengamalan tertentu.

  • Bentuk Tarikat

Melalui bentuk tarikat ini biasanya mereka menggunakan nama-nama tarikat yang masyhur di kalangan umat Islam kerana tarikat ini telah pun diamalkan oleh ulama-ulama yang mana mereka ini mengamalkan amalan-amalan tarikat ini dengan berpandukan kepada al-Quran dan sunnah. Dengan ini meraka menggunakan nama-nama tarikat ini seperti Ahmadiah, Naqsyabandiah Sazaliah, Samaniah, Qadariah, Muffaridiah dan berbagai-berbagai lagi. Kadang-kadang nama-nama tarikat ini diciptakan mengikut ajaran tarikat ini. Walaupun terdapat nama-nama yang bersamaan antara tarikat-tarikat yang direka dengan tarikat asal tetapi ternyata daripada ajaran-ajaran yang diamalkan oleh mereka dan konsep yang terdapat dalam ajaran tarikat itu terdapat unsur-unsur ataupun bahan-bahan yang boleh membawa penyelewengan akidah Islamiah.

  • Amalan mistik dan kultus.

Bentuk kepercayaan ini telah menjadi satu perkara lumrah dikalangan orang-orang Melayu Islam:

1. Pemujaan kepada tempat-tempat yang dianggap keramat. Pemujaan kepada orang-orang yang dianggap wali dan mempunyai kelebihan.

2. Kepercayaan kepada kuasa-kuasa kesaktian melalui amalan-amalan seni mempertahankan diri dan sebagainya.

3. Kepercayaan terhadap dukun-dukun atau bomoh-bomoh yang mendakwa mendapat ilmu kedukunan daripada mimpi-mimpi atau orang-orang halus (bunian ataupun sampingan) melalui amalan cara menurun dan sebagainya.


KESALAHFAHAMAN TENTANG POLITIK

Sejak kemunduran yang melanda umat Islam dan setelah jatuhnya Daulah Islam pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924), keseluruhan negeri umat Islam telah diperintah dengan sistem sekular yang berasal dari Barat di mana asas/tunjang pemerintahannya adalah memisahkan agama dari kehidupan. Bermula dari sini, kafir Barat telah berjaya menguasai dan mengawal pemikiran umat Islam bahawa agama dan politik mesti dipisahkan. Mereka seterusnya mengangkat pemimpin-pemimpin dari kalangan umat Islam yang sepemikiran dengan mereka dan melalui pemimpin-pemimpin inilah, sistem sekular telah diterap dan dipertahankan. Setiap detik dan ketika, rakyat dihidangkan dan dijamu dengan pemikiran-pemikiran kufur ini, sudahnya pemikiran ini berjaya meracuni mereka. Apatah lagi, dengan adanya ‘ulama’ yang digaji oleh pemerintah untuk ‘membenarkan’ segala tindakan mereka, maka keyakinan rakyat akan politik dan agama adalah suatu yang terpisah. Ulama yang diberi gaji ini akhirnya digunakan habis-habisan oleh pemerintah sekular yang ada untuk menyokong pemerintahan dan undang-undang kufur yang diterapkan. Tugas ulama hanya dipersempit untuk mengeluarkan fatwa terhadap perkara-perkara furu’ (ranting), manakala dalam bab pemerintahan, undang-undang, ekonomi, pendidikan, jihad, dasar luar dan dalam negeri, ‘tugas’ ulama ini hanyalah untuk mengangguk dan mengiyakan apa sahaja yang dilakukan oleh pemerintah. Akhirnya, ulama yang sepatutnya bertugas membetul dan menasihatkan pemerintah dengan Islam, telah berjaya ‘di sekularkan’ oleh pemerintah.

Racun sekular yang telah menular hingga ke urat saraf umat ini menyebabkan wujudnya umat Islam dan jemaah Islam yang tidak mahu terlibat dengan politik kerana beranggapan bahawa agama dan politik adalah dua perkara yang berlainan. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada orang bergelar ulama yang bukan sahaja tidak mahu terlibat dengan politik, malah menyalahkan individu Muslim mahupun gerakan-gerakan Islam yang terlibat dengan politik. Kecelaruan ini timbul disebabkan oleh satu perkara asas, iaitu kerana mereka tidak memahami apakah maksud politik (siyasah) menurut Islam. Hal ini timbul kerana mereka telah sebati hidup dalam lingkaran politik sekular yang ada sekarang di mana apa yang mereka lihat hanyalah kekotoran dan kejijikan politik yang diamalkan oleh ahli-ahli politik yang ada. Politik, bagi mereka adalah suatu yang kotor manakala Islam adalah suatu yang suci. Justeru, bagi mereka Islam tidak sama dengan politik atau perlu dipisahkan dari politik. Memang benar, kita bersetuju jika dikatakan politik (sekarang) adalah kotor dan keji. Kenapa? Kerana politik yang ada sekarang adalah politik yang datangnya dari kafir Barat, politik yang dikuasai oleh orang-orang yang berkiblatkan Barat, politik yang membelakangkan al-Quran dan Sunnah, politik yang dipenuhi dengan penipuan, politik yang dilingkungi ketamakan akan kekayaan dan kerakusan untuk berkuasa, politik di mana seseorang cuba menjatuh dan mengaibkan satu sama lain, politik di mana seseorang suka memfitnah satu sama lain, politik yang dipenuhi dengan rasuah, politik yang membenarkan arak, judi, riba serta pergaulan bebas merajalela, politik yang mana sistem dan undang-undangnya dibuat oleh manusia dan pelbagai kekejian lagi yang ada. Dengan kata lain, politik yang ada sekarang sememangnya kotor dan keji kerana telah memisahkan agama dengan kehidupan.

Dengan segala kemaksiatan yang ada inilah yang menjadikan umat Islam melihat bahawa politik itu kotor dan jijik sehingga ada sebahagian umat Islam yang menolak politik. Memang benar, kita mesti menolak politik kotor ini, kerana ia adalah politik sekular. Tetapi dalam masa yang sama, kita tidak boleh menolak dan hanya membiarkan politik kotor ini terus bermaharajalela dan menguasai kita, bahkan kita wajib menggantikannya dengan politik Islam (siyasah syar’iyyah) yang bersih dan benar. Sesungguhnya inilah apa yang wajib kita lakukan sebagai seorang Muslim. Kita sedih kerana ada ulama yang tahu akan segala kekejian dan kekotoran yang ada dalam politik sekarang, bahkan menolak politik kerana kekotorannya, tetapi ada di antara mereka yang tetap ‘rela dan redha’ dilantik oleh ahli politik dan terus berkhidmat dengan pemerintah dalam sistem politik yang penuh maksiat ini. Walhal apa yang wajib dilakukan oleh para ulama ini adalah ‘membersihkan’ segala kekotoran ini dengan menasihati pemerintah atau ahli-ahli politik yang ada agar kembali mengamalkan politik Islam (siyasah syar’iyyah), bukannya hanya duduk sepejabat atau semeja (dengan pemerintah) dan bergelumang dengan sistem kufur dan politik kufur ini.

SYARIAH DAN MUAMALAT DALAM ISLAM

Muamalat ialah bertukar-tukar faedah. Menurut istilah Fiqh ialah berkenaan perkara atau hal-hal yang mengenai kegiatan dalam bertukar-tukar faedah, harta benda di antara seseorang dengan seorang yang lain mengikut cara yg tertentu. Dikatakan juga, hukum muamalat ini mengenai urusan pertukaran faedah harta benda, termasuklah urusan-urusan jual beli, hutang pemiutang, sewa menyewa, gadaian, upah, peminjam, bercucuk tanam, bersyarikat dan sebagainya. Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam.

Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat. Segala harta yang ada di alam ini samada di muka bumi, dilaut atau di dasar adalah milik Allah s.w.t secara mutlak. Manusia disuruh memiliki harta yang di sediakan oleh Allah s.w.t melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang di anugerahkan kepadanya. Mereka yang memiliki harta kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang amanat Allah s.w.t dan bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut.

Mencari harta kekayaan amat di galakkan oleh Islam,kerana harta merupakan alat bagi mencapai kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Dengan harta tersebut seseorang itu dapat memenuhi keperluan hidupnya di samping dapat menunaikan tanggungjawabnya terhadap agama. Firman Allah s.w.t:

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu"

(Surah An Nisa 4:29)

KEKACAUAN DI ANTARA AMERIKA DAN IRAN

Jika kita meninjau akhbar-akhbar mengenai isu Timur Tengah, mahupun di peringkat global. Kita akan dapati terlalu banyak keadaan dibesar-besarkan oleh media tentang isu 2 buah negara gergasi, Amerika dan Iran. Amerika ingin menyerang Iran disebabkan projek nuklear yang cuba dibangunkan oleh negara pimpinan Presiden popular Iran, Mahmud Ahmadi Nejd. Kerana khabar angin mengenai projek nuklear Iran begitu meluas, maka Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) kerap didesak oleh Amerika untuk mengheret Iran ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Amerika berkali-kali menyifatkan pembangunan nuklear oleh negara Iran itu sebagai haram, ironisnya Israel yang juga memiliki sistem pengkayaan nuklear tidak pula dicop haram oleh Amerika.

Kemungkinan-kemungkinan ini memaksa segala persoalan di kepala, untuk kita terus sangsi tentang kesungguhan Amerika ke atas Iran yang tentunya merugikan banyak aspek. Kita perhatikan analisis-analisis ini, agar kita mampu berfikir bahawa Amerika sama sekali tidak akan menyerang negara Ahmadi Nejd

1) Amerika bukanlah terlalu jahil untuk membuka ruang konfrontasi dengan jarak yang terlalu lebar dengan Iran. Amerika tentu akan membersihkan Iraq dari tentera-tenteranya sehingga masalah yang timbul di sana, seolah-olah telah selesai pada anggapan orang ramai dan pemerhati-pemerhati politik dunia. Kerana itu akhbar baru-baru ini melaporkan Amerika melarang Israel untuk menyerang Iran, selagi mana tentera Amerika masih berada di Iraq. Amerika dilihat tidak berkeinginan untuk menyerang Iran disebabkan faktor-faktor kebuntuan ekonomi dan ketidakseimbangan politiknya, sekalipun kem tenteranya di Iraq berupaya menggusarkan Tehran.

2) Jika Amerika menyerang Iran, ia akan merapatkan lagi jurang yang berlaku antara Sunnah dan Syiah. Negara-negara Sunnah tentunya akan menyokong negara Syiah itu, jika mereka diserang Amerika. Kerana dalam peperangan ini Bush akan mewakili Barat, dan secara tidak langsung Ahmadi Nejd mewakili Islam. Perpecahan dua aliran antara Sunni dan Syiah tentunya menguntungkan Israel dan Amerika, sementara perpaduan kedua-dua aliran mazhab Islam ini menjadi impak yang sangat negatif kepada kelangsungan imperialisme Barat di negara-negara Islam. Siri-siri perpecahan ini dibayangi tragedi di Iraq sebagai satu pertempuran antara Sunnah dan Syiah yang dahsyat dan tidak pernah berlaku dalam sejarah Islam. Amerika hanya goyang kaki manakala Sunnah dan Syiah terus bertengkar denga genjatan senjata sesama mereka. Setelah isu pergolakan yang berlaku di Iraq semakin jelas kerana terdapat pengkhianatan ‘orang ketiga’ dan masing-masing tahu kesan buruk yang berlaku terhadap umat Islam (apabila Sunnah dan Syiah di Iraq berkelahi). Ulama-ulama mereka sama ada dari aliran Sunni ataupun Syi’ie mula menegaskan perkara untuk bersatu.

Jika serangan dilakukan tentunya ia bukanlah masa terbaik malah memberikan kesan negatif kepada Amerika. Hal ini bertepatan dengan saranan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika merasmikan Persidangan Pertubuhan Negara Islam (OIC) pada 11 Oktober 2003; “Ubat untuk negara Islam menghadapi tekanan dan kecaman dari Barat adalah penyatuan dalam kalangan umat Islam. Jika kebanyakan umat Islam yang sering bercakaran berjaya disatukan, tentu sekali kuasa Barat tidak mampu berbuat apa-apa”.

3) Hubungan diplomatik yang mantap. Iran tidaklah seperti Korea Utara atau Iraq yang mempunyai masalah dalam hubungan diplomatik. Iran sebenarnya memiliki kedudukan kukuh dari segi diplomatik khususnya dari Pertubuhan Negara Rantau Teluk (GCC) serta dari Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM). Semasa tuduhan Amerika mengenai persenjataan nuklear yang berpangkalan di Iran, Iran bersifat terbuka memberikan kerjasama dengan IAEA, Britain, Perancis dan Jerman untuk membuat pemeriksaan di semua loji nuklear milik Tehran. Kerana itu, Iran berani mencabar Amerika bukan dari segi retorik sahaja tetapi secara eksekutif.

Jika Amerika berjaya mengheret Iran ke Majlis Keselamatan PBB sekalipun, Amerika sekali lagi terpaksa berhadapan dengan 2 buah kuasa veto lain seperti China dan Russia yang mempunyai hubungan baik dengan Iran sekarang ini. Ketika Amerika di bawah pentadbiran Clinton, Amerika pernah meletakkan peraturan sekatan bagi syarikat asing yang melabur di dalam sektor minyak dan gas Iran. Walau bagaimanapun, peraturan tersebut tidak berjaya apabila Britain sendiri membantah cadangan Amerika itu. Ini kerana, terdapat syarikat Britain iaitu Royal Dutch Shell yang terlibat secara besar-besaran dalam pembangunan lembangan minyak dan gas Iran.


IPTA PUPUS PELAJAR LELAKI?


Ke mana perginya pelajar lelaki? Umumnya, daripada sejumlah 30 pelajar di dalam sesebuah kelas misalnya, yang pasti 70 peratus pelajar perempuan dan selebihnya lelaki, malah ada ketikanya tiada pelajar lelaki langsung? Dengan nada sinis dan nakal segelintir pelajar perempuan yang mendominasi bilangan pelajar dalam kelas pantas menjawab bahawa lelaki lebih bertumpu di pusat serenti. Namun, adakah itu jawapan sebenarnya. Mungkin ada sedikit kebenarannya justeru lelaki memang majoriti di sana.

Justeru itu, kebanyakan penuntut lelaki mencari jalan keluar dengan memilih bidang pekerjaan atau melanjutkan pengajian di institusi lain seperti Institut Kemahiran, Institut Latihan Perindustrian (ILP), politeknik dan sebagainya. Ini disokong oleh fakta bahawa bilangan pelajar lelaki yang mengikuti pengajian vokasional atau teknikal di Politeknik dan Kolej Komuniti mewakili 60 peratus. Menyedari keadaan ini, Kementerian Pengajian Tinggi sepatutnya membina lebih banyak institusi serupa ini agar dapat memenuhi keperluan pelajar lelaki. Kaedah pembelajaran lelaki sebenarnya lebih menjurus kepada hands on dan tidak setakat membaca dan menghafal yang seterusnya dimuntahkan dalam kertas jawapan peperiksaan. Selepas itu, dalam banyak keadaan apa yang dipelajari selama empat tahun di universiti sebenarnya tidak membantu langsung dalam pemilihan dan perkembangan kerjaya mereka. Selain itu, Masalah keluarga yang kurang berkemampuan untuk membiayai pengajian universiti selain daripada tekad pelajar lelaki yang lebih cenderung untuk mencari pekerjaan bagi menanggung adik beradik yang lain juga turut menyumbang kepada keadaan ini.

Bagaimanapun, ini tentunya berbeza dengan pelajar perempuan yang kelihatannya lebih berminat serta tekun untuk membaca dan menghafal segala fakta dan teori yang terkandung dalam buku teks. Walaupun dianggap kes terpencil, namun pelajar yang hebat dalam akademik tidak dinafikan banyak yang gagal dalam mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam dunia pekerjaan sebenar. Kaedah pembelajaran “kakaktua” ini bukanlah sesuai lagi dalam keadaan sekarang. Pandangan sebahagian besar ibu bapa bahawa anak perempuan wajar mempunyai kerjaya yang boleh memperuntukkan lebih masa dengan keluarga juga turut menyumbang kepada jurang perbezaan ini. Justeru itu anak-anak perempuan digalakkan untuk memilih bidang yang bersifat akademik dan tidak menghairankan jumlah mereka terus meningkat di universiti.

Namun begitu apa yang digusarkan ialah masalah ini jika dibiarkan berlarutan bakal melahirkan masalah ketidakseimbangan dari segi pekerjaan pula. Ramai lelaki mungkin terpaksa menjadi suri rumah pada masa depan jika fenomena pelajar perempuan menguasai IPT terus berlaku. Suka tidak suka, mahu tidak mahu satu hari nanti wanita yang berkerjaya tinggi akan berkahwin dengan mana-mana lelaki yang lebih rendah taraf kerjayanya hatta termasuk mereka yang tidak bekerja. Akhirnya, akan berlaku fenomena lelaki duduk di rumah menjaga anak dan rumah tangga manakala wanita keluar bekerja. Fenomena ini telah pun berlaku sekarang walaupun kelihatannya tidak manis dan menyalahi adat.

ETIKA PEMAKAIAN PELAJAR IPT DITAHAP YANG KRITIKAL



Perkara yang akan dibincangkan adalah berkenaan dengan etika pemakaian pelajar IPT yang dikatakan tidak menepati kehendak tatacara atau etika sebagai seorang pelajar IPT. Akhir-akhir ini apabila disebut soal pelajar IPT, masyarakat mula memandang sinis dan kecewa, ini adalah kerana apa yang berlaku kepada pelajar IPT adalah melampaui batasan seperti isu pembuangan bayi dan pengguguran janin serta pelajar yang melanggar etika pemakaian sopan yang dibuat oleh IPT. Pemakaian pelajar IPT seperti mula kembali ke zaman primitif atau zaman nomad. Ini adalah kerana pakaian yang dipakai agak ketat dan menampakkan susuk tabuh yang sepatutnya tidak dizahirkan, pakaian yang jarang serta pakaian yang menarik perhatian, pakaian menjolok mata yang boleh dikatogarikan sebagai tidak sopan terutamanya bagi wanita.

Buku panduan pelajar yang diberikan kepada mereka hanya dijadikan khazanah untuk disimpan di muzium. Buku panduan ini antara lain telah menetapkan etika berpakaian yang betul kepada semua pelajar secara selaras sama ada bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa. Perkara ini harus dipandang serius kerana kerakusan pelajar IPT mula membuak sehinggakan arahan dan perintah IPT seperti tidak bernilai dimata mereka. Kita dapat lihat antara punca menyebabkan pelajar IPT tidak lagi berpakaian sopan adalah kerana pengaruh pakaian artis-astis tempatan dan juga luar negara. Artis ini dijadikan idola sesetengah pelajar IPT, lantaran daripada itu segala tingkahlaku artis akan cuba dijadikan contoh hatta etika pemakaian. Kita tidak sama sekali menyalahkan industri hiburan tetapi kita salahkan sikap artis yang keterlaluan dalam berpakaian sehingga menyebabkan pelajar IPT terikut-ikut. Punca lain adalah tren atau fesyen pakaian yang mula beralih daripada zaman moden ke zaman nomad kembali. Pakaian yang dipakai pelajar IPT mula tidak menzahirkan ciri-ciri seorang pelajar IPT tetapi seakan-akan seperti wanita jalanan yang mencari pelanggan.

Melihat dari kaca mata Islam, dalam buku “ADAB DAN PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN WANITA” karangan Hamidah Mat meletakkan garis panduan menutup aurat iaitu menutup aurat yang ditetapkan, pakaian yang longgar, pakaian yang tidak jarang dan bukan pakaian yang menarik perhatian. Jika seseorang wanita itu berpakaian ketat dan menampakkan bentuk tubuh maka pemakaian tersebut belum memenuhi kehendak syarak. Aisyah r.a telah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asmak pernah masuk ke rumah Rasulullah s.a.w dengan pakaian nipis sehingga nampak kulitnya. Perkara ini bolehlah dijadikan kayu ukur untuk pelajar IPT yang beragama Islam agar larangan Syarak tidak dilanggar. Nilai wanita bukanlah hanya pada pakaian tetapi pada akhlak dan tingkahlaku, ini kerana etika pakaian juga boleh dikatogarikan dalam akhlak. Jelaslah disini bahawa nilai harga wanita bukanlah pada pakaian tetapi pada akhlak yang telah dijelaskan. Kesimpulannya ayuhlah kita sama-sama memperbetulkan etika pemakaian kita agar ianya bertepatan dengan nilai Islam dan yang selaras dengan peraturan-peraturan IPT.