twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Tuesday, October 6, 2009

KRISIS AKHLAK MERENDAHKAN MARTABAT INSAN

Oleh: Mazlan bin Zainol


Kemuliaan dan martabat sebenar seseorang sebenarnya di ukur daru dua aspek iaitu ketinggian ilmu dan akhlaknya. Namum nilai yang sebenarnyayang di ambil kira dalam penilaian ini adalah gabungan atau kesepaduan (integrasi) antara ilmu dan amal (akhlak). Lantaran itu, di dalam al-Quran dijelaskan bahawa Allah s.w.t meninggikan darjat bagi mereka yang beriman dan orang berilmu dengan beberapa darjat.

Akhlak yang mulia melambangkan ketinggian tamadun. Tamadun yang hebat akan jatuh sekiranya akhlak yang dimiliki okeh manusia rosak. Bertamadunnya individu bukan di ukur dari sudut kemewahan, kekayaan atau zahiriah. Sebenarnya mereka yang bekerja memotong rumput, mengutip sampah serta bekerja dengan ikhlas tanpa melakukan penyelewengan adalah mulia di sisi Allah berbanding mereka yang berpangkat besar, berbaju mewah dan sebagainya. Sesungguhnya jika akhlak kita baik orang lain akan menghormati kita walaupun ianya miskin. Kita melihat bahawa Rasulullah s.a.w dapat menarik masyarakat jahiliyah untuk memeluk agama Islam melalui akhlak yang mulia. Kita sebagai pengikut yang menyintai junjungan besar Nabi Muhammad sewajar kita mencontohi akhlak mulia banginda. Sepatutnya kita menjadi contoh kepada kaum yang lain. Umat Islam dijadikan Allah sebagai umat yang terbaik. Firman Allah: “Kamu wahai umat Muhammad adalah sebaik-baik yang di lahirkan bagi umat manusia”.

Pada hari ini, kita lebih mementingkan luaran daripada dalaman. Kita lebih mementingkan perkara yang zahir daripada yang tersembunyi. Adakah kita ambil berat tentang kekotoran yang di bawa oleh nafsu? Dan adakah kita ambil berat tentang orang yang menutup aurat untuk memasuki masjid? Namum begitu, janganlah kita menhjadi umat yang senang terperdaya dengan godaan syaitan dan umat yang mudur serta lemah. Kita seharusnya menjadi umat contoh yang unggul dan sebaik-baik umat. Bimbinglah diri kita dan keluarga agar kembali kepada agama yang kita cintainya. Sebagai renungan, persoalan akhlak adalah agenda besar dalam ajaran Islam. aklah yang mulia adalah satu tuntutan puntuk diamalkan oleh segenap dimensi kehidupan pada hari ini. Tanpa akhlak yang mulia, nilai keinsanan akan pudar sebagaimana layunya simbahan bunga tanpa simbahan air dan sinaran suria.


Sumb: Majalah cahaya 2007 bil 84

1 comment:

  1. Saya setuju dengan ulasana akak. Kebanyakan yang saya lihat didalam blog mengulas tentang akhlak remaja yang rosak salah siapa..IPTA berilmu tinggi rendah akhlak tapi ini ulasan yang terbaik dikemukan. Integrasi antara ilmu dan akhlak WAJIB ada pada setiap manusia terutama umat Islam. Saya rasa saya lebih hormat mereka yang mencuci tandas daripada pengarah atau pegawai kerana kebanyakan mereka berilmu tapi sifat menindas dan rasuah tetap ada. Itu sekiranya pegawai tersebut ada didikan agama tapi tak berakhlak...sekadar mengulas...Wassalam

    ReplyDelete