twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Tuesday, October 6, 2009

DIMANA ANAK-ANAK KITA?

Oleh: Marzulina Omar, Jakim


Gejala sosial dapat difahami sebagai berubahnya struktur sosial umum yang terjadi sepanjang masa dalam kehidupan masyarakat. Perubahan ini terjadi sesuai dengan hakikat dan sifat dasar manusia yang inginkan perubahan. Umumnya kebosanan manusia menjadi penyebab utama berlakunya perubahan sosial. Faktor penyebab yang lain pula adalah pola berfikir masyarakat, faktor internal seperti perubahan jumlah penduduk, penemuan baru, terjadinya konflik seperti bencana alam, perubahan iklim, peperangan, dan pengaruh kebudayaan masyarakat. Faktor yang menyebabkan berlakunya gejala remaja iaitu kurangnya didikan agama, masalah kemiskinan, peceraian ibubapa dan pengaruh rakan sebaya.

Pada hari ini ibu bapa lebih menumpukan kepada kerjaya dan mengejar kebendaan sehingga pendidikan keagamaan dan gaya hidup tidak dititikberatkan. Akibatnya anak-anak membesar tanpa kasih sayang yang tidak sepenuhnya. Membentuk anak-anak yang mempunyai akhlak dan moral yang tinggi memerlukan sokongan dan komitmen yang padu daripada ibu bapa sendiri. Tiada gunanya ilmu diberikan tanpa iman ditanam. Bahkan dua elemen inilah yang menjadi tiang seri dalam diri anak-anak untuk membezakan mereeka dengan makhluk yang lain. Gagal dalam melaksanakan tanggungjawab kepada anak-anak akanmenyebabkan mereka menjadi lemah dan menghadapi godaan nafsu dan mudah terpengaruh. Ibu bapa hendaklah bersemuka dengan anak-anak mereka untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi memastikan hubungan kekeluargaan terjalin erat sepertimana yang telah disarankan iaitu Rumahku syurgaku.

Sekiranya tidak berjaya maka mereka perlulah mengunakkan khidmat kaunseling daripada guru-guru agar dapat memberikan nasihat dan menyemaikan unsur-unsur kebaikan kepada remaja-remaja pada masa ini. Guru-guru perlu mempergiatkan penyediaan program yang bersifat proaktif termasuk aktiviti pembimbing rakan sebaya dan mentor pelajar. Gejala sosial sekiranya tidak dibentaras akan merosakkan kekuatan ummah. Jueteru itu, semua pihak hendaklah berkerjasama termasuklah keluarga, sekolah, pemimpin dan masyarakat. Kita tidak seharusnya lepas tangan dan membiarkan pihak yang tertentu sahaja yang berusaha untuk membanterasnya. Remaja garus diselamatkan dan dibimbing bagi menentukkan kekuatan bangsa sebagai generasi yang akan menerajui tampok kepimpinan Negara pada suatu masa nanti.

sumb: Sinar rohani mac-april 2009 bil 57

2 comments:

  1. salam..satu topik yg agk menarik utk kita bincgkan krn pada masa kini bnyak timbul maslah sosial diklgn pelajar.kbyakkan punca berlakunya mslh ini adlh dr faktor kluarga itu sndiri spt perceraian ibubapa, kurangnya didikan agma di kluarga, dan ahli kluarga yg bermaslah spt terjebaj dgn dadah dan perjudian. Ibubapa haruslah memberi didikan agama kepada anak2 dr kecil lg krna anak kecil snang dibntuk berbanding apabila mrk dewasa.

    ReplyDelete
  2. salam..
    erm septutya kta kna ingt ank2 2 amanah allah swt..didiklh mrka ng yg terbek ng acuan islam

    ReplyDelete